Untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah bermula dari hati yang iklas dan mengharap pertolongan dari Allah s.w.t. Kita juga perlu mengingati pesanan orang tua, gemgam bara mesti hingga menjadi arang
Tuesday, 11 September 2012
Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.
Monday, 10 September 2012
Bunga Kekwa
Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yg tdiri drp kira2 30 spesies tumbuhan bbunga saka di bwh famili Asteraceae. Pokok ini berasal dr Asia & Eropah timur laut.
Spesies2 Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang tumbuh setinggi 50-150 cm. Daunnya bbtk cuping & bunganya besar serta bwarna putih, kuning, @ merah jambu dlm spesies liar. Spesies2 ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera utk makanan tumbuhan -
Sejarah bunga kekwa pula
Pokok bunga kekwa ditanam di China sbgi pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yg kuno, bmaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pd abad ke-8, & Maharaja Jepun mgiktirafkan bunga ini sbgi mohornya. Tdpt juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yg meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus drp awalan bahasa Greek, chrys-, yg bmaksud "keemasan" (warna bunga2 yg asal), & -anthemon yg bmaksud "bunga".
Friday, 7 September 2012
Bunga Matahari
Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)