Wednesday 23 November 2011

Bunga Tasbih - Canna Indica Linn


Asalnya bunga tasbih dari daerah tropika Amerika dengan sebutan bunga canna, namun sering digelar sebagai tulip Asia. Sedangkan di IMalaysia ia digelar bunga tasbih kerana bijinya yang keras dan boleh dibuat tasbih.

Pokok bunga tasbih ini juga dikenali sebagai ganyung hutan atau kembang gendang manakala nama saintifiknya Canna indica L, berasal dari India Timur dan Selatan Amerika. Pembiakan tumbuhan ini melalui rhizom atau umbi di bawah tanah. Di Australia umbinya diproses untuk dijadikan tepung (arrow root flour) dan namun biasanya pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan.

Khasiat bunga tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya, samaada yang masih segar atau telah dikeringkan. Ia dipercayai boleh mengubat penyakit darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. Ia juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat.

Friday 18 November 2011

Hibiscus

  1. Diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan bagi Malaya (sekarang Malaysia) pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
  2. Sebagai bunga kebangsaan juga, bunga raya didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
  3. Malah, acara sambutan meraikan ulang tahun ke-50 bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang julung kali diadakan pada 30 September 2010.
  4. Walaubagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bunga raya bukan berasal dari Malaysia?
  5. Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) dipercayai berasal dari China dan mula ditanam buat pertama kali oleh orang China bagi bunganya yang cantik. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa spesies tersebut berasal dari kepulauan di selatan Lautan Hindi iaitu Madagascar, Kepulauan Mascarene dan Kepulauan Rodrigues. Bunga raya juga dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang seawal abad ke-12.

Saturday 5 November 2011

BOUGAINVILLEA (BUNGA KERTAS)

Nama Borgainvillea berasal daripada seorang komandan laut Perancis bernama Louis Antonio de Bougainvillea telah menjelajah seluruh dunia atas perintah Raja Louis XV. Antara tahun 1766 - 1769. Kali pertama beliau dan pasukannya melihat bunga tersebut ialah di pantai Amereka Selatan, iaitu tempat asal Bougainvillea (bunga kertas).

Terdapat lebih 250 jenis sepsis bougainvillea kesemuanya di kawasan tropika . Di Malaysia bunga ini dibiak menggunakan keratin dan ramai peminat bougainvillea membentuk bunga ini menjadi bonsai dengan cantuman pelbagai warna..

Bougainvillea amat gemar pada pancaran matahari penuh tanpa naungan.kekuatan cahaya matahari adalah sumber utama bunga kertas mengeluarkan bunga.