Untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah bermula dari hati yang iklas dan mengharap pertolongan dari Allah s.w.t. Kita juga perlu mengingati pesanan orang tua, gemgam bara mesti hingga menjadi arang
Wednesday, 23 November 2011
Bunga Tasbih - Canna Indica Linn
Asalnya bunga tasbih dari daerah tropika Amerika dengan sebutan bunga canna, namun sering digelar sebagai tulip Asia. Sedangkan di IMalaysia ia digelar bunga tasbih kerana bijinya yang keras dan boleh dibuat tasbih.
Pokok bunga tasbih ini juga dikenali sebagai ganyung hutan atau kembang gendang manakala nama saintifiknya Canna indica L, berasal dari India Timur dan Selatan Amerika. Pembiakan tumbuhan ini melalui rhizom atau umbi di bawah tanah. Di Australia umbinya diproses untuk dijadikan tepung (arrow root flour) dan namun biasanya pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan.
Khasiat bunga tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya, samaada yang masih segar atau telah dikeringkan. Ia dipercayai boleh mengubat penyakit darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. Ia juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat.
Labels:
Bunga Pilihanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment