- Diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan bagi Malaya (sekarang Malaysia) pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Sebagai bunga kebangsaan juga, bunga raya didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
- Malah, acara sambutan meraikan ulang tahun ke-50 bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang julung kali diadakan pada 30 September 2010.
- Walaubagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bunga raya bukan berasal dari Malaysia?
- Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) dipercayai berasal dari China dan mula ditanam buat pertama kali oleh orang China bagi bunganya yang cantik. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa spesies tersebut berasal dari kepulauan di selatan Lautan Hindi iaitu Madagascar, Kepulauan Mascarene dan Kepulauan Rodrigues. Bunga raya juga dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang seawal abad ke-12.
Untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah bermula dari hati yang iklas dan mengharap pertolongan dari Allah s.w.t. Kita juga perlu mengingati pesanan orang tua, gemgam bara mesti hingga menjadi arang
Friday, 18 November 2011
Hibiscus
Labels:
Bunga Pilihanku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment