Untuk mencapai sesuatu kejayaan perlulah bermula dari hati yang iklas dan mengharap pertolongan dari Allah s.w.t. Kita juga perlu mengingati pesanan orang tua, gemgam bara mesti hingga menjadi arang
Monday, 10 September 2012
Bunga Kekwa
Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yg tdiri drp kira2 30 spesies tumbuhan bbunga saka di bwh famili Asteraceae. Pokok ini berasal dr Asia & Eropah timur laut.
Spesies2 Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang tumbuh setinggi 50-150 cm. Daunnya bbtk cuping & bunganya besar serta bwarna putih, kuning, @ merah jambu dlm spesies liar. Spesies2 ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera utk makanan tumbuhan -
Sejarah bunga kekwa pula
Pokok bunga kekwa ditanam di China sbgi pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yg kuno, bmaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pd abad ke-8, & Maharaja Jepun mgiktirafkan bunga ini sbgi mohornya. Tdpt juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yg meraikan bunga ini.
Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus drp awalan bahasa Greek, chrys-, yg bmaksud "keemasan" (warna bunga2 yg asal), & -anthemon yg bmaksud "bunga".
Friday, 7 September 2012
Bunga Matahari
Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.
Tuesday, 24 July 2012
Bunga anggerik - Orkid
Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah keluarga terbesar pohon berbunga (Angiosperma). Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zamanCretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.
Tanaman yang paling biasa kita lihat dan sangat popular sebagai hiasan laman. Agak mudah menjaganya dan senang didapati di kedai-kedai bunga.
Wednesday, 23 November 2011
Bunga Tasbih - Canna Indica Linn
Asalnya bunga tasbih dari daerah tropika Amerika dengan sebutan bunga canna, namun sering digelar sebagai tulip Asia. Sedangkan di IMalaysia ia digelar bunga tasbih kerana bijinya yang keras dan boleh dibuat tasbih.
Pokok bunga tasbih ini juga dikenali sebagai ganyung hutan atau kembang gendang manakala nama saintifiknya Canna indica L, berasal dari India Timur dan Selatan Amerika. Pembiakan tumbuhan ini melalui rhizom atau umbi di bawah tanah. Di Australia umbinya diproses untuk dijadikan tepung (arrow root flour) dan namun biasanya pokok ini ditanam sebagai tanaman hiasan.
Khasiat bunga tasbih terletak pada bunga, akar dan batangnya, samaada yang masih segar atau telah dikeringkan. Ia dipercayai boleh mengubat penyakit darah tinggi, sakit kuning, keputihan, batuk berdarah dan menurunkan suhu panas dalam badan. Ia juga dapat menghentikan pengaliran darah akibat luka, radang kulit bernanah dan merawat masalah jerawat.
Friday, 18 November 2011
Hibiscus
- Diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan bagi Malaya (sekarang Malaysia) pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Sebagai bunga kebangsaan juga, bunga raya didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.
- Malah, acara sambutan meraikan ulang tahun ke-50 bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang julung kali diadakan pada 30 September 2010.
- Walaubagaimanapun, adakah anda tahu bahawa bunga raya bukan berasal dari Malaysia?
- Bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis) dipercayai berasal dari China dan mula ditanam buat pertama kali oleh orang China bagi bunganya yang cantik. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa spesies tersebut berasal dari kepulauan di selatan Lautan Hindi iaitu Madagascar, Kepulauan Mascarene dan Kepulauan Rodrigues. Bunga raya juga dipercayai dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang seawal abad ke-12.
Saturday, 5 November 2011
BOUGAINVILLEA (BUNGA KERTAS)
Nama Borgainvillea berasal daripada seorang komandan laut Perancis bernama Louis Antonio de Bougainvillea telah menjelajah seluruh dunia atas perintah Raja Louis XV. Antara tahun 1766 - 1769. Kali pertama beliau dan pasukannya melihat bunga tersebut ialah di pantai Amereka Selatan, iaitu tempat asal Bougainvillea (bunga kertas).
Terdapat lebih 250 jenis sepsis bougainvillea kesemuanya di kawasan tropika . Di Malaysia bunga ini dibiak menggunakan keratin dan ramai peminat bougainvillea membentuk bunga ini menjadi bonsai dengan cantuman pelbagai warna..
Bougainvillea amat gemar pada pancaran matahari penuh tanpa naungan.kekuatan cahaya matahari adalah sumber utama bunga kertas mengeluarkan bunga.
Terdapat lebih 250 jenis sepsis bougainvillea kesemuanya di kawasan tropika . Di Malaysia bunga ini dibiak menggunakan keratin dan ramai peminat bougainvillea membentuk bunga ini menjadi bonsai dengan cantuman pelbagai warna..
Bougainvillea amat gemar pada pancaran matahari penuh tanpa naungan.kekuatan cahaya matahari adalah sumber utama bunga kertas mengeluarkan bunga.
Saturday, 29 October 2011
Bunga Alamanda
Bunga alamanda, adalah bunga yang berwarna kuning (umumnya yang kita jumpai adalah kuning), indah berbentuk seperti terompet, dan mampu berbunga terus menerus sepanjang taun, dan batang tanaman ini keras dan bergetah.
Warna bunga alamanda terdiri dari berbagai jenis, iaitu spesies Allamanda Nerrifolia berwarna kuning cerah, Allamanda Cathartica berwarna Kuning, dan Allamanda Purpureceae berwarna kuning keunguan. Dimana ketiga spesies tersebut masuk dalam family Apocynaceae.
Warna bunga alamanda terdiri dari berbagai jenis, iaitu spesies Allamanda Nerrifolia berwarna kuning cerah, Allamanda Cathartica berwarna Kuning, dan Allamanda Purpureceae berwarna kuning keunguan. Dimana ketiga spesies tersebut masuk dalam family Apocynaceae.
Subscribe to:
Posts (Atom)





